Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Thursday 22 September 2011

faktor persekitaran

Faktor persekitaran ada beberapa cabang faktor yang berhubung kait dengannya.  Antara cabang-cabang faktor bagi faktor persekitaran ialah faktor keluarga.  Keluarga amat berperanan dalam proses penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak.  Ibu bapa yang sering kali bertutur dan berbual dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi akan dapat mempertingkat kebolehan bertutur bagi kanak-kanak tadi.  Pada situasi yang sama, anak-anak tadi dapat menambah perbendaharaan kata, di samping mempelajari melalui pendengaran, pemerhatian dan tingkah laku ibu bapa, iaitu dari segi struktur bahasa dan tatabahasa yang betul.  Kanak-kanak yang bernasib baik sedemikian, akan lebih cepat menguasai bahasa yang lebih lancar dan fasih dalam pertuturan seharian di rumah mahupun di sekolah.  Sebaliknya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong ke arah interaksi dua hala dan komunikasi antara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur kanak-kanak tadi terhad dari segi kelancaran tutur katanya dan penguasaan dalam berbahasa.
Akhir sekali, faktor sosioekonomi.  Tahap sosioekonomi secara tidak langsung turut mempengaruhi keupayaan bertutur.  Perkara ini berkait dengan ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi, iaitu dari segi kewangan yang mencukupi dan tanggunggan yang dapat dibiyai serta dapat menyediakan segala kemudahan pembelajaran dan pengajaran bahasa kepada anak-anak mereka.  Misalnya, ibu bapa tersebut mampu untuk menyediakan segala yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mendapatkan segala maklumat yang diingini melalui kemudahan jaringan laman sesawang atau internet, televisyen, buku-buku ilmiah, jurnal dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan bertutur anak-anak mereka.  Situasi ini berbeza daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan sedemikian, menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur mereka berlaku mengikut perkembangan yang biasa sahaja dan terbatas akibat daripada desakan ekonomi keluarga yang rendah.
Secara konklusinya, faktor persekitaran memberi impak yang besar dalam proses perkembangan penguasaan bahasa bagi setiap insan.  Kelemahan berbahasa mungkin terjadi disebabkan persekitaran yang kurang merangsang minda untuk lebih fokus dalam penguasaan gaya berbahasa yang betul

No comments:

Post a Comment