Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday 21 September 2011

teori analisis komponen

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Teori Analisis Komponen cuba menerangkan kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.  Hubungan ini disebut struktur leksikal.  Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna.  Antara perkara yang harus diperhatikan dalam teori ini ialah  melihat sejumlah perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata lain, dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.  Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains.  Misalnya, ahli sains menjelaskan maksud ‘air’ sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan oksigen.  Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata tersebut,  keperluan untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus dilakukan.  Analisis sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.  Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.  Misalnya, perhatikan ayat yang diujarkan ini: ‘Guru saya lelaki’.  Orang itu dapat menggunakan perkataan ‘Lelaki’ bagi merujuk kepada gurunya dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik yang terdapat pada perkataan tersebut.

Melalui laman sesawang (2009/http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.html), teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.  Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks.  Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa.  Secara ringkasnya, teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan atau ujaran.  Di samping itu, teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan.  Misalnya teruna – dara dan suami – isteri.
Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.  Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya ‘bunga’.  Huraian boleh dilihat dalam rajah di bawah:

2 comments: