Pages: nuffnang_bid = "a25e58467f783548fc

Wednesday 21 September 2011

teori logik simbolik

Melalui laman sesawang Teori Logik Simbolik (2011/ http://www.scribd.com/doc/41609240/TEORI-LOGIK-SIMBOLIK), Teori ini lebih lengkap dan bersepadu berbanding teori berbanding teori-teori lain.  teori ini mengkaji bukan sahaja daripada perkataan, malah kepada daripada perkataan, malah kepada ayat dan reaksi manusia sesuatu sebutan.    Teori ini membahagikan kajian makna teori ini membahagikan kajian makna kepada 3 bahagian iaitu semantik,  sintaktik dan pragmatik. sintaktik dan pragmatik
Semantik bermaksud kajian mengenai hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad banyak di dalam sesuatu bahasa dan sesuatu simbol pula dalam sesuatu bahasa dirujukkan kepada kumpulan benda biasanya - benda yang ada persamaannya.  Contohnya, perkataan manusia dirujuk kepada kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan sifat-sifat yang berbeza daripada binatang.
Selain itu, sintaktik ialah mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lainnya yang boleh menentukan makna.  hubungan itu dilihat pada konteks yang lebih besar.  Misalnya,  di dalam ayat dan frasa.   Sebagai contoh, perkataan orang dan besar apabila wujud berurutan boleh menghasilkan dua makna iaitu orang besar  (orang saiznya besar)  dan orang besar  yang dimaksudkannya kepada orang yang berpangkat tinggi. 
Melalui laman sesawang Teori Logik Simbolik (2011/ http://www.scribd.com/doc/20099517/TEORI-SEMANTIK), menghuraikan makna pada peringkat perkataan, ayat dan perlakuan manusia yang terbahagi kepada 3 bahagian makna iaitu semantik, sintaktik dan, pragmatik.  Semantik ialah kajian hubungan di antara simbol dengan rujukan (reference), iaitu rujukan tidak terhad banyaknya.  Hal ini dapat dilihat pada simbol dirujuk kumpulan benda – benda yang ada persamaannya.  Contohnya, manusia merujuk kepada makhluk bernyawa, mempunyai akal dan sifat – sifat berbeza daripada binatang.

Selain itu, sintaktik, mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan lain yang boleh menentukan makna di antara hubungan yang dapat dilihat pada konteks yang  lebih besar.   Misalnya, dalam ayat atau frasa.  Contohnya, perkataan makan dan hati atau makan hati.  Perkataan ini boleh diertikan sebagai Makan hati lembu, ayam dan lain – lain atau bermaksud perasaan merana atau  kecewa seseorang. 
Seterusnya, pragmatik iaitu kajian antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan –perkataan yang ditujukan kepadanya.  Contohnya,  perkataan aku, pada tempat dan kepada orang yang tidak sesuai boleh menimbulkan reaksi yang negatif kepada seseorang.  Kedua, perkataan awak, kamu, engkau, anda, kesemuanya membawa asosiasi yang berlainan yang boleh menentukan perlakuan manusia yang berbagai- bagai sebagai reaksi kepadanya.
Melalui laman sesawang (2009/http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.html), yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori sebelumnya.  Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.
Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah sebahagian makna perkataan itu. Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional.  Ia adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan.  Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis tingkah laku.  Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam fikiran manusia semata-mata.

Terdapat tiga sub-bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik. Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda.  Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain.  Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan.
Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna.  Makna sesuatu ayat bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu.  Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam ayat.  Contohnya istilah ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang saiz badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah atau biasa sahaja.  Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai, itik telur dengan telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai tafsiran yang berbeza.
Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang dengan tingkah laku.  Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub-bahagian teori Logik Simbolik di atas, pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada penerimanya atau tidak.  Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku.
Contohnya, seperti panggilan perempuan, wanita dan betina.  Wanita ialah perkataan paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah panggilan untuk seorang perempuan yang rendah akhlaknya.  Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu seseorang yang mempunyai jantina perempuan. Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil. Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita, perempuan atau betina.
Seterusnya ialah perkataan yang mempunyai unsur keagamaan seperti babi. Bagi masyarakat bukan Islam, haiwan ini tidak diharamkan dalam agama mereka. Bagaimanapun hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat Islam kerana haiwan itu adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, apatah lagi dijadikan makanan.  Oleh yang demikian, adalah lebih elok dan sopan jika ia disebut sebagai khinzir sahaja. Selain itu perkataan ‘jamban’ yang merujuk kepada tempat membuang air adalah lebih sopan disebut sebagai tandas atau bilik air.

1 comment: